Jual Minyak Lintah Jana RM201,739.06 Setahun Di Ebay USA


Jualan minyak lintah ini adalah bermula dari Jun 2019 sehingga Mei 2020
Artikel kali ini saya nak kongsikan kepada anda sedikit statistik berkenaan dengan jualan produk tempatan iaitu minyak lintah
Siapa sangka seller Malaysia mampu menjual produk kebanggaan tempatan iaitu niche yang boleh dikatakan “evergreen” di pasaran Malaysia
Sebenarnya Di USA juga mendapat permintaan yang tinggi setiap bulan. Ramai pengguna di sana sudah mula sedar bahawa penggunaan bahan organik adalah lebih baik berbanding produk yang berunsur bahan kimia
kenyataan ini diterjemahkan hasil daripada data jualan minyak lintah dalam tempoh 1 tahun yang lepas bermula dari artikel ini ditulis.
Jom kita tengok sedikit statistik jualan minyak lintah oleh ebay seller Malaysia bermula dari bulan Jun 2019 sehinggalah April 2020


Mengikut data statistik di atas, bermula pada bulan Jun 2019 sehinggalah bulan April 2020, purata jumlah terjual setiap bulan adalah sebanyak 309 unit.
Pada bulan Jun 2019, minyak lintah telah terjual sebanyak 257 unit oleh 39 orang ebay seller dari Malaysia. Jualan tertinggi minyak lintah adalah pada bulan Oktober iaitu sebanyak 413 unit oleh 52 orang ebay seller Malaysia di pasaran ebay USA
Bulan Oktober adalah pada season Q4, iaitu buyer di sana cenderung untuk shopping lebih banyak bagi meraikan sambutan perayaan Christmas yang akan tiba pada bulan Disember.
Kita dapat lihat dari graf di atas jumlah minyak lintah semakin meningkat bermula pada bulan Sept sehinggalah bulan Desember.
Purata jumlah ebay seller yang menjual minyak lintah pula adalah sebanyak 43 orang seller dari Malaysia.
Sebenarnya hampir 80% penjual minyak lintah di pasaran ebay USA adalah dari negara Malaysia.
Data ini menunjukkan jumlah competitor bagi minyak lintah ni adalah tidak berapa sengit berbanding jumlah potential buyer di ebay adalah seramai 183 juta pada season Q4 2019 yang lepas.
kita dapat lihat lebih jelas bilangan unit minyak lintah terjual oleh ebay seller Malaysia seperti di bawah

Jumlah yang menjual juga tidak ramai, anda boleh rujuk jumlah seller Malaysia setiap bulan yang menjual minyak lintah di pasaran ebay USA seperti di bawah

Oleh kerana produk ini hanya ada di Malaysia, ini memberikan kelebihan kepada ebay seller Malaysia untuk menguasai jualan minyak lintah di pasaran ebay USA.
Berbanding produk-produk lain, seller Malaysia terpaksa bersaing dengan seller luar negara, terutamanya seller dari China dan seller dari negara USA sendiri.
Harga purata kos penghantaran adalah sebanyak $3.47 dollar. Anda boleh lihat harga purata shipping charge yang dikenakan oleh ebay seller malaysia setiap bulan seperti graf di bawah

harga pada bulan jan 2020 semakin meningkat ini kerana perubahan kos postage yang berlaku di Malaysia terutamanya Pos Malaysia. Dan pada bulan Mac dan April 2020, rata-rata kebanyakan seller pos menggunakan DHL sewaktu musim Covid19
ini seiring dengan harga jualan produk minyak lintah juga ada perubahan pada bulan Jan 2020 dan ke atas. Rata-rata seller menjual pada harga yang agak tinggi sedikit.
Anda boleh lihat data seperti di bawah

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, berdasarkan data-data di atas minyak lintah boleh dikategorikan sebagai produk yang sentiasa evergreen dan mendapat permintaan di pasaran luar.
So amat-amatlah rugi jika anda tak mulakan langkah meneroka pasaran luar terutamanya pasaran Amerika Syarikat.
Platform terbaik dan mudah untuk pasarkan produk-produk tempatan adalah seperti platform Ebay dan Amazon.
Ini kerana di ebay dan Amazon adalah merupakan ecommerce utama di USA bagi pembeli mendapatkan barang-barang keperluan.
So, kedua-dua website ini mempunyai jumlah pelawat yang tinggi setiap bulan. So rugilah kalau anda tak pasarkan produk di website ni, anda dah dapat jimat banyak kos pengiklanan untuk mendapatkan pelanggan dari luar negara.
Jika anda tak tahu nak mulakan bisnes ebay, saya recommend anda dapatkan Panduan Ebay Intelligence bagi mempercepatkan proses pembelajaran anda untuk mulakan langkah menjadi usahawan Ebay.
Bila anda dah mula menjual produk ini di akaun ebay anda, ianya akan memberikan pendapatan pasif kepada anda setiap bulan tanpa menganggu kerja rutin harian anda
Hanya tunggu je ebay carikan pelanggan untuk anda, bila dah dapat order segera proses dan pos ke buyer. Jangan tunggu lama-lama
Buyer di ebay juga tidak cerewet macam buyer di Malaysia, mereka dah biasa membeli sejak dari tahun 1995 lagi sewaktu website ebay ditubuhkan.
So bila masalah barang lambat sampai, tidak akan menjadi persoalan utama. Jarang saya dapat complain dari buyer yang merungut nak dapatkan barang selepas je buat bayaran.
Anda boleh berniaga dengan tenang tanpa risau masalah complain barang cop seller scammer sebab lambat hantar.
kedua, bila anda menjual di ebay USA, urusniaga juga dilakukan dalam matawang USD. berbanding anda berniaga di shopee, urusniaga adalah dalam matawang ringgit Malaysia.
So rugilah kalau tak start bisnes ebay ni kalau anda dah tahu dan nampak peluang ni. Tak salah mencuba, kosnya pun sangat-sangat rendah berbanding bisnes offline.
Semoga artikel ini membuka minda anda untuk memulakan perniagaan bisnes online anda

Yang Benar
Suwaibah Azhar